Wednesday, October 8, 2008

HEMPEDU BUMI




PENGENALAN

Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

KHASIAT

Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

BELIMBING TANAH


PENGENALAN


Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.

KHASIAT

Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.